Jumaat, 14 Januari 2022

ᴋᴇɴᴀᴘᴀ ɢᴀᴛᴀʟ ʟᴇᴘᴀꜱ ᴍᴇɴᴄᴜᴋᴜʀ???

 
Gatal selepas bercukur ni perkara biasa yang terjadi, tidak kira untuk wanita ataupun lelaki. Betulkan..

Korang tau tak masalah gatal selepas bercukur boleh berlaku disebabkan alahan, kerosakan pada folikel rambut atau jangkitan tau.

Ini kerana selepas dicukur atau waxing akan ada folikel yang terbuka. 

So jom kita tengok apa puncanya...

🤔 masa kita mencukur, kemungkinan berlaku luka akibat kecuaian, yang boleh menyebabkan kegatalan. Lepas tu akan muncul ruam merah, dengan benjolan kecil kat mis v kita.
Benjolan Kecil Di Miss V Lepas Mencukur

🤔 jangan tak tau kat mis v pun ada kutu. Tapi kutu kemaluan tu di panggil crabs (bukan ketam) 🤣
CRABS tu serangga kecil yang ada di kawasan mis v, dan kebiasaannya tersebar melalui hubungan seksual atau mungkin berpunca dari pakaian, tuala atau tempat tidur seseorang.
Serangga Kecil Yang Ada Di Kawasan Miss V

🤔 korang nak tau tak Ingrown hair atau rambut tumbuh ke dalam pun punca gatal lepas mencuku tau. Ingrown ni rambut yang tumbuhnya mengarah ke dalam kulit, bukannya bertumbuh ke luar kulit. Ini jugak menyebabkan keradangan, gatal2 dan  benjolan-benjolan kecil pada area di mana rambut baru saja dicabut atau dicukur.
Ingrown Hair Selepas Mencukur

🤔 kalau korang ada cuba produk baru di area mis v, kegatalan mungkin akan jadi lebih teruk. Nak2 lagi kalau produk tu ada bahan2 yang tak sesuai dengan kulit kita.
Produk yang maksudkan tu macam sabun, losyen serta produk kebersihan kulit yang lainnya yang menyebabkan radang dan gatal.
Guna Intimate Wash Yang Sesuai Dengan Kulit Anda

🤔 cara nak atasi masalah gatal2 ni dinasihat kan korang jangan GARU! Mengaru akan mengakibatkan kegatalan yang lebih teruk tau.
Jangan Menggaru Selepas Mencukur

🤔 selain tu jangan sapu sebarang losen atau krim yang kita tak tahu bahannya.
Intimate After Shave

🤔 pakai seluar dalam yang tak ketat, dan bersih.

Jadi korang selalu gatal jugak ke?